Saturday 15 October 2011

Makna namaku melalui tafsiran ku sendiri ...



M   Membina Imaginasi Cemerlang
A   =  A ( Terbaik )
R   =  Rahsia Kehebatanku untuk dikongsi (insyallah)
I   Indahnya Hidup Beragama Islam 
A   =  A ( Terbaik )
T  Tak mungkin Aku Gagal (pastikan aku bangkit kiranya aku gagal)
U   =  Untuk Yang Satu (Hanya Allah s.w.t)
L    =  Lemparkan Jauh-Jauh Semua Yang Tidak Baik (ambil yg positif saja )
Fuh,Semua Orang Menyukaiku (walaupun ada segelintir yg tak menyukai)
I    =  Indahnya Hidup Beragama ( Semestinya Islam )
T   = Tak mungkin Aku Gagal 
I    =  Indahnya Hidup Beragama ( Semestinya Islam )
A   = A ( Terbaik )


Nama ? Apa ada dengan nama..Sebenarnya nama itu penting untuk individu.Ia adalah pengenalan diri kita untuk orang lain lebih mengenali/mengingati diri kita.Dan yang penting ia perlulah mempunyai makna yang baik agar kita lebih mengenali diri kita dan mengingati diri kita..Seperti yang dilihat di atas kolum ini, ia adalah namaku dan penafsiran yang ku buat untuk diriku..Makna nama ini kudapati di salah satu buku kegemaranku iatu guru motivasi Dr.Hm Tuah Iskandar al-Haj.Jika dilihat kepada setiap huruf namaku ia amat bermakna buat diriku.Ia menjadi pendorong buatku dalam mengharungi hidup ini..Aku gemar melihatnya di papan hitam tempat kerjaku..Setiap kali aku merasa hidup ini goyah atau tak bermakna dek kerana ujian hidup,aku akan melihat kembali makna setiap huruf namaku di papan hitam tempat kerjaku..Ia akan menjadi penyuntik semangat di dalam aku menghadapi kehidupan ini yang kdg2 penuh dengan pancaroba dan ujian..Bukankah setiap dari huruf makna namaku ia amat baik untuk ditafsirkan dan di adaptasikan di dalam diriku..
Bagaimana dengan anda semua ? Bukankah lebih baik sekiranya kita memahami makna nama kita walaupun dengan tafsiran kita sendiri (sebaiknya makna yg berbentuk positif) agar ia menjadi pendorong buat diri kita untuk  mengharungi hidup ini ..

Petikan dari pada buku  DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj ...